Have an account?

Saturday, February 27, 2010

Surat Tawaran Haji

Pada 19 Feb 2010, surat tawaran haji telah sampai di rumah, tetapi hanya untuk suami saya...surat untuk saya, tak ada... Bingung saya dibuatnya...apakah ini dugaanNya..Ampunilah dosaku Ya Allah.. Hari ni hari Jumaat, lebih kurang pukul 12.00 tghari ( Cuti tahun baru cina ) .. Tak pe, lepas solat jumaat nanti, saya akan terus ke pejabat Tabung Haji. Boleh semak dalam sistem.. Pukul 3.00 petang, saya terus pergi. Saya bertanya kepada pegawai bertugas, mengapa saya tak dapat surat..tak cukup ke amount duit saya??? Pegawai itu pun ambil buku akaun dan update.. dah ada RM12,000.  Boleh pergi patutnya...Kemudian beliau check alamat,..ohhh rupanya alamat buku akaun saya adalah alamat sekolah..patutlah tak sampai di rumah. Beliaupun check dalam sistem, alhamdulilah...namaku juga terpilih disamping suami tercinta... Aku menarik nafas lega..