Have an account?

Tuesday, February 1, 2011

Di Kelana Jaya

Masa sampai KLIA...kami terus dibawa dengan bas sewaan Tabung Haji ke Kelana Jaya. Sesampai di sana, kami terus ditempatkan di bilik yang berasingan suami isteri. Masa nilah kami mula berkenalan dengan jemaah haji Malaysia. Kami menginap di sana hanya sementara menunggu masa flight kami...Hari ni memang letih...sebab baru nak rehat..ada sedara datang ziarah...tapi kami seronok sangat tak rasa letihpun. Flight kami pukul 6.30 pagi, tetapi kami perlu turun register 2 jam awal...untuk ambil beg sandang dan dokumen lain. Lepas solat suboh, kami terus bergerak ke dewan menunggu...untuk melepaskan bagasi kami dan cop passport...hati semakin suspen...pasal anak dah lupa jap...kami fokus mendengar arahan dari Lembaga Tabung Haji.

Kira2 kul 10.00 pagi...selepas selesai taklimat diberikan, satu azan yang cukup istimewa dilaungkan oleh pemenang Imam Muda kita...Adduhh masa tu, semua jemaah mengalirkan airmata...kami terus berjalan sebaris demi sebaris sambil menarik beg kecil ke dalam perut kapal terbang...Masa tu fikiran aku...sangat teruja untuk sampai cepat ke sana... Aku seperti sudah terbayang wajah kekasih yang kurindui..

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Tinggal...pengetua dan kawan-kawan

Terima kasih Datin, kak izan, kak Kay, Kak No, Shidah, CC, Salfiza, Tipah. Safa dan....kawan lama yang sentiasa dalam ingatan, norziah..Terima kasih..kerana sudi luangkan masa hantar aku kat airport...Tak sangka you all datang...rasa bestnya dirai macam ni...tapi aku ni kememeh betul...mudah sangat nak nangis... apapun..kehadiran kalian telah menyentuh hati kecilku...aku tak akan lupa saat ini..I loooove u all

Thursday, December 23, 2010

Saat berpisah dengan anak2 dan saudara mara

Inilah wajah2 anak2 dan sedara mara yang hantar aku kat airport. Kalian banyak membantu aku di saat2 ini...menjaga dan memberi perhatian kepada anak2 ku...hanya Allah yang dapat membalasnya...Ummi dan ayah terpaksa pergi...kata-kata hatiku "...Kalau apa-apa berlaku pada ummi & ayah...wasiatpun telah dibuat, ...ingat semua pesan dan teguran kami, kami doakan kalian jadi anak yang soleh dan berjaya dalam pelajaran dan hidup....kamu semua jantung hati ummi dan ayah..."


Saat-saat terakhir...kat rumah

Ni yang tak sanggup nak tulis...bila ingat balik rasa berdebar gak.

emmm. pagi tu, lepas menjamah sarapan, kami terus solat sunat musafir. Doa musafir yang dibaca suamiku telah membuatkan airmataku mengalir buat pertama kalinya macam hujan. Terharunya nak tinggalkan anak2 dan rumah...mungkin aku balik semula ke rumah ini atau.. rohku saja yang balik...Issh apalah yang aku fikir ni. Emmm semua orang bercita-cita nak mati kat sana...betul tak??? ( Ahli kubur yang pertama dibangkitkan ialah dari perkuburan Baqi dan diikuti perkuburan Maala pada hari kiamat )

Kini, saat yang ditunggu tiba...aku harus melangkah keluar dari rumah ini.. Sekali lagi airmataku macam air hujan lebat...bila AZAN dilaungkan. Memanglah orang kata ...pergi haji ini kena keraskan hati, tinggalkan segalanya...terbayang aku jika AZAN itu untuk jenazahku...macam ni agaknya. Aku lihat di kiri kanan ku anak2 dan saudara mara melihat aku dengan bergenang airmata. Aku terpaksa pergi...di saat ini CINTAku kepada Allah melebihi segalanya...Dalam usia ini aku telah dipanggil untuk menjadi tetamu rumahNya...SELAMAT TINGGAL anak2, rumah kediamanku, bunga2 dan ikan2 ku...aahhhh. Tatkala enjin kereta dihidupkan...berderau rasa jantungku..aku dah tak boleh toleh ke belakang, tak boleh tengok rumah aku dah, tak boleh tengok wajah-wajah rakan yang datang...aduhh...airmata nipun macam tak habis-habis...

TK kepada rakan-rakan yang datang melambaiku pada pagi itu...Kak No, Kak Norasmara, Maza, Kak Ani Taha, Rose...Aku perlukan sokongan kalian supaya aku kuat melangkah...terima kasih banyak. I luv you all...

Wednesday, December 22, 2010

Beg....oh...beg

Kami bawak 2 beg besar setiap seorang... Bila aku ingat pa-pa nak bawak, aku campak dulu dalam beg. Kami ni xsempat kemas lagi beg sehinggalah 2 hari lagi nak pegi...barulah gosok baju dan susun barang dalam beg..Lagi dekat masa nak pergi lagi sibuk.. Rasa takut lak..nape lah macam ni..naik pening kepala...ada lagi barang yang beli saat-saat akhir. Malam terakhir tu...kami tengok anak sulong kami kat asrama..dia sedang exam PMR..sampai kat rumah dah pkl 10 malam. Sampai2 je, mak cik yang nak jaga anak2 aku dah sampai...beberapa orang jiran dan rakan2 juga sedang tunggu kami...Kesiannya. Meskipun badan penat dan otak memikirkan beg belum siap lagi..kami layan tetamu dengan senyuman.

Kul 11.30 malam, semua tetamu dah balik..kami terus cari nasi kat dapur.. Mujurlah mak cik kesayangan ada masak lauk kampung...selera...errr

Pastu kami terus terkam beg masing-masing..nak kemas pakaian. Pkl 12.00 malam, baru teringat tiket kapal terbang tak print lagi.. Hubby dah emel mtk print, aku lupaaaa. Mujur printer tak meragam malam tu...bolehlah print tapi ink hitam dah habis lak...biru pun birulah. Tetiba aku teringat, aku tak send lagi permohonan online along ke MRSM...tersentak aku dibuatnya. Takpe aku mesti buat malam ni gak. Ya Allah berilah kekuatan dan aku terus print..pastu banyak lak kena prepare dokumen...aku terus cari dalam fail...esok pagi2 aku nak photostat.

Tak lupa juga aku tinggalkan beberapa nota untuk mak cik tentang hal anak2 dan dokumen penting mereka...

Kul berapa yerkk masa tu...hampir kul 2.30 pagi... aku tak tahu aku ni tidur ke tidak..sedar2 dah kul 5.30 pagi.

Terus solat suboh dan fikiran aku...hanya nak settle kan hal along ni...aku terus pegi kedai photostat..mujur ada yang dah bukak...

Beberapa nota ringkas kutinggalkan untuk tindakan cikgu along... Tapi sape nak hantar ke sekolah along....Kepala aku terbayang wajah sahabatku Sham...ohhh Sham, kaulah harapan aku. Aku yakin kau pasti mampu buat untuk aku...TK sahabatku...I luv u

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri Doa Selamat

Pada 2 Okt, Kelab Guru dan Staf telah mengadakan satu Jamuan HR dan kenduri untuk aku..terharu lak...TK kak norasmara kerana susah payah untuk saya. Kepada yang sponsor makanan tu, TK banyak2...tk daun keladi...hehehe

Keesokan harinya, aku adakan kenduri kat umah...Alhamdulilah cuaca baik dan ramai rakan-rakan yang datang...TK kerana menyokong aku..Puuhh...malam tu aku tidur kul 1.00 pagi.. letihnya..tapi seronok sangat sebab ada "Tetamu Istimewa"...ehmmmm

Ma, Zam dan Kak Yati Telekom, TK kerana tolong serve tetamu saya. Kalian ni bestlah...tak payah beri arahan apa-apa...semua settle


Kursus Haji Perdana

Kursus ini diadakan selepas Hari Raya... Kali ni diadakan di masjid negeri Sultan Ahmad Shah. Seramai seribu lebih peserta yang hadir. Semua bakal jemaah Haji dari seluruh Pahang berhimpun selama 2 hari di sini. Masa ni, aku rasa separuh hati aku dah kat sana...Perasaan blur tentang rukun dan wajib haji dah xde...tapi rasa takut dengan ujian Allah..adakah aku diterima sebagai tetamunya.. Aku sebenarnya, ada masalah sakit tapak kaki...kalau banyak jalan sakit...Ini juga membimbangkan aku..Kat sana, orang kata, memang banyak jalan. Aduhhh macamana ni..