Have an account?

Tuesday, February 1, 2011

Di Kelana Jaya

Masa sampai KLIA...kami terus dibawa dengan bas sewaan Tabung Haji ke Kelana Jaya. Sesampai di sana, kami terus ditempatkan di bilik yang berasingan suami isteri. Masa nilah kami mula berkenalan dengan jemaah haji Malaysia. Kami menginap di sana hanya sementara menunggu masa flight kami...Hari ni memang letih...sebab baru nak rehat..ada sedara datang ziarah...tapi kami seronok sangat tak rasa letihpun. Flight kami pukul 6.30 pagi, tetapi kami perlu turun register 2 jam awal...untuk ambil beg sandang dan dokumen lain. Lepas solat suboh, kami terus bergerak ke dewan menunggu...untuk melepaskan bagasi kami dan cop passport...hati semakin suspen...pasal anak dah lupa jap...kami fokus mendengar arahan dari Lembaga Tabung Haji.

Kira2 kul 10.00 pagi...selepas selesai taklimat diberikan, satu azan yang cukup istimewa dilaungkan oleh pemenang Imam Muda kita...Adduhh masa tu, semua jemaah mengalirkan airmata...kami terus berjalan sebaris demi sebaris sambil menarik beg kecil ke dalam perut kapal terbang...Masa tu fikiran aku...sangat teruja untuk sampai cepat ke sana... Aku seperti sudah terbayang wajah kekasih yang kurindui..

0 comments:

Post a Comment